PIRAMID MAKANAN



PIRAMID MAKANAN
Satu panduan kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat – zat dalam kadar yang diperlukan. Makanan yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid Makanan, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas Piramid Makanan. Piramid Makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada 4 aras.







Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak iaitu 8 -12 hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, ubi keledek, keladi dan kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung atta, roti atau biskut mi penuh.






Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Ianya dapat meningkatkan sistem pertahanan badan. Contoh makanan bagi kumpulan sayur-sayuran ialah kobis, tomato, lobak merah, petola, sayuran berdaun hijau (bayam, sawi, kangkung) manakala buah-buahan antaranya betik, pisang, tembikai, mangga, jambu batu dan sebagainya. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

[img4827b18dee334.gif]



Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Contoh hasil tenusu adalah susu, keju, yogurt dan dadih. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak. Ianya membantu membina otot, tulang & gigi yang kuat.



Lemak, minyak dan gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid Makanan. Kumpulan makanan ini dapat membekalkan tenaga tetapi hanya sedikit sahaja makanan dari kumpulan ini yang perlu dimakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS