PENGUMUMAN



TARIKH : 24 Oktober 2011 (Isnin)
OLEH : Cikgu  Siti Anith Atiqah
PENGUMUMAN:
Kepada semua pelajar tingkatan 1 Amanah dan 1 Bestari, anda dikehendaki menghantarkan Laporan amali selewat-lewatnya 28 Oktober 2011 (Jumaat). Sebarang kelewatan akan dikenakan tindakan.



TARIKH : 20 Oktober 2011 (Khamis)
OLEH : Cikgu Sharifah Fatimah
PENGUMUMAN:
Kepada semua pelajar tingkatan 1 Cekal dan 1 Dedikasi, kelas tambahan akan digabung dan diadakan pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi hingga 10 pagi bertempat di Bengkel Kemahiran Hidup 3.


TARIKH : 17 Oktober 2011 (Isnin)
OLEH : Cikgu Norfarra Shima
PENGUMUMAN:
Kepada semua pelajar tingkatan 1 Etika, ujian akan diadakan pada 20 Oktober 2011 (Khamis) manakala kepada semua pelajar tingkatan 1 Fitrah, ujian akan diadakan pada 21 Oktober 2011 (Jumaat) semasa waktu kelas. Ujian meliputi  semua topik yang telah dipelajari sehingga kini dan mengandungi 50 soalan objektif. Diharap semua pelajar mengulangkaji pelajaran sebelum menduduki ujian. Semoga berjaya.


TARIKH : 14 Oktober 2011 (Jumaat)
OLEH : Cikgu Siti Rafidah
PENGUMUMAN:
Kepada semua pelajar tingkatan 1 Gigih dan 1 Harmoni, anda dikehendaki menghantar buku nota dan buku kerja pada minggu hadapan untuk proses pemantauan. Sebarang kegagalan menghantar buku nota dan buku kerja akan dikenakan tindakan. Tarikh akhir penghantaran ialah 19 Oktober 2011 (Rabu).


TARIKH : 10 Oktober 2011 (Isnin)
OLEH : Cikgu Siti Nur Amal
PENGUMUMAN:
Kepada semua pelajar tingkatan 1 Inovasi dan 1 Jujur, anda dikehendaki menghadiri Bengkel Kecemerlangan Kemahiran Hidup pada 17 Oktober 2011 (Isnin) bertempat di Dewan Sekolah. Kehadiran anda semua adalah diwajibkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS