KESAN DIET TIDAK SEIMBANG

 MALNUTRISI
Ini disebabkan kekurangan diet tertentu dalam badan.
Ini menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi dan riket.

Contoh Malnutrisi

KWASYIORKOR
Ini disebabkan kekurangan protein.
Gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan & otak terencat, kehilangan selera makan & lemah badan.

Contoh Kwasyiorkor

SKURVI
Ini disebabkan kekurangan vitamin C dalam badan.
Gejala seperti lemah, sentiasa mengalami sesak nafas, dan gusi membengkak & mudah berdarah.

Contoh Skurvi

TEKANAN DARAH TINGGI
Ini disebabkan pengambilan garam yang berlebihan.
Pembawa kepada sakit jantung & strok.

KEGENDUTAN
Ini disebabkan makan terlalu banyak & berat badan melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggian.
Ini menyebabkan diabetes melitus, darah tinggi & kanser kolon.

DIABETES MELITUS
Berlaku apabila aras glukosa berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah.

OSTEOPOROSIS
Ini berlaku kerana pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi.
Kurang kalsium akan menyebabkan tulang menjadi semakin nipis, rapuh & patah.

Contoh Osteoporosis

SAKIT JANTUNG & STROK
Ini disebabkan tahap kolesterol dalam darah tinggi.
Kolesterol berlebihan terenap pada dinding arteri & menyempitkan salur darah & jantung sukar untuk mengepam darah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS