INDEKS JISIM TUBUH (BMI)

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Tubuh merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya, seseorang yang tergolong dalam kategori terlalu gemuk atau obes akan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis. Berat badan unggul akan membuat anda kelihatan segak,rasa sihat dan bertenaga.

Timbanglah berat badan anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ingat : Julat sihat ialah 20 hingga 25. Pengiraan BMI hanya diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun .Ini adalah kerana golongan dewasa mempunyai saiz dan komposisi yang lebih stabil. 


             FORMULA BMI = ________berat (kg)_________
                    ( ketinggian (m) × ketinggian (m) )


Kalkulator Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Tinggi
 Meter
(1 Meter = 100cm)
Berat
Kg
BMI Anda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS